85749

Henry Golding, Selebriti Malaysia Pertama Menjadi Tetamu Ellen DeGeneres - Suria FM - Segalanya Hiburan

Sesuatu yang membanggakan apabila pelakon dan hos kelahiran Malaysia iaitu Henry Golding diundang ke salah satu rancangan bual bicara paling popular di dunia The Ellen DeGeneres Show.

Henry dijemput ke rancangan kegemaran ramai itu untuk mempromosikan filem Hollywood terbaru lakonannya berjudul Crazy Rich Asians dimana Henry membawakan watak utama disamping aktres Constance Wu.

Dalam gambar serta status yang dikemaskini di Instagramnya, Henry meluahkan rasa gembira dan teruja dapat muncul dalam rancangan Ellen.

Episod yang menampilkan Henry telah pun ditayangkan dan sudah boleh ditonton di saluran video terkemuka YouTube.

Nampaknya Henry Golding semakin menempa nama di persada Hollywood. Beliau akan muncul dengan sebuah lagi filem bergandingan dengan aktres popular Blake Lively dan Anna Kendrick.

Tahniah SURIA ucapkan kepada Henry Golding. Jangan lupa untuk menonton filem Crazy Rich Asians pada 17 Ogos nanti

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!