89656

Hey Si Lelaki Nakal Berambut Panjang! Jom Jumpa Nabila Razali Sabtu Ini - Suria FM - Segalanya Hiburan

Hey si lelaki nakal berambut panjang, inilah peluang anda untuk bertemu dengan penyanyi Nabila Razali yang sedang mencari lelaki seperti anda!

Jom temui Nabila Razali di konsert Jelajah SURIA 2018 di Aeon Bukit Raja Klang Selangor pada hari Sabtu ini 15 September 2018.

Sebenarnya Nabila dalam proses mencari model terbaru untuk klip video single terbaru nyanyianya. Mana la tahu kalau-kalau sedang Nabila menyanyi di atas pentas, beliau ternampak kelibat anda si lelaki berambut panjang itu.

Tapi konsert Jelajah SURIA ini bukanlah terbuka untuk si lelaki berambut panjang sahaja tau, anda semua boleh hadir beramai-ramai memeriahkan konsert ini nanti kerana terdapat artis-artis popular lain juga seperti Lan Solo, Sofarz, Ben Ladin, Amir Masdi, Tegar, One Avenue Band, dan Datin Alyah.

Selain itu anda juga berpeluang bertemu dengan penyampai-penyampai radio SURIA FM seperti DJ Lin, Sharifah Shahira, Tyzo, Suraya Borhan, Fizi Ali, Issey, Shahrol Shiro, dan Feeya Iskandar.

Jom kita bercumi-cumi bersama Nabila Razali hari Sabtu ini okay? Jumpa anda semua di sana!

Info lanjut di:

Jelajah Suria Dikecohkan Oleh Team Pagi Suria

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!
    Enable referrer and click cookie to search for pro webber