72499

Hijabsta Ballet Lari Dari Tema Klise - Suria FM - Segalanya Hiburan

Ketika sinema tempatan acap kali disajikan dengan filem-filem aksi, seram, romantik dan komedi, tiba-tiba muncul filem Hijabsta Ballet yang lari dari tema klise.

Filem yang diarahkan oleh Syed Zul Tojo ini menampilkan muka-muka baru sebagai teraju utama. Antara yang menjayakan filem ini ialah Puteh Maimon Zahrah, Betty Banafe, Aman Graseka, Aida Khalida, Danny Shaz dan Alif Azeman.

 

screen-shot-2017-08-04-at-3-01-32-pm

Hijabsta Ballet mengisahkan tentang perjalanan seorang remaja perempuan bernama Adele lakonan Puteh Maimon Zahrah yang telah dilatih oleh ibunya (Betty Banafe) untuk menjadi seorang ballerina sejak dari kecil.

Disebabkan ibunya dahulu seorang penari ballet yang gagal ke peringkat yang lebih tinggi, kini dia mahu anaknya itu menyambung impiannya.

screen-shot-2017-08-04-at-3-23-29-pm

Sejak dari kecil, Adele rapat dengan neneknya (Aida Khalida) yang banyak mengajar Adele tentang ilmu agama serta mengaji Al-Quran.

screen-shot-2017-08-04-at-3-04-34-pmSatu hari Adele telah berjaya menerima tawaran melanjutkan pengajian ballet di Rusia. Kematian teman baiknya akibat kemalangan telah menyedarkannya betapa singkatnya hidup di dunia ini.

screen-shot-2017-08-04-at-2-59-52-pmTerkesan dengan tragedi itu, Adele membuat keputusan untuk memakai hijab kerana niat itu sebenarnya sudah lama ada dalam dirinya cuma kecintaannya terhadap tarian ballet membataskan niatnya.

Keputusan memakai hijab telah ditentang oleh ibunya dan juga rakan-rakan seangkatannya. Adele tetap mahu meneruskan dengan tarian ballet namun dia tidak mahu membuka hijabnya.

screen-shot-2017-08-04-at-3-26-43-pm

Disinilah bermulanya cabaran serta liku-liku perjuangan Adele yang mahu mempertahankan diantara kecintaannya terhadap ballet dan kewajipannya sebagai seorang muslimah.

screen-shot-2017-08-04-at-3-30-00-pm

Cemuhan serta penghinaan diterima malah Adele turut menjadi mangsa keganasan si pejuang ekstremis sehingga membawa dirinya terbang ke bumi Australia.

screen-shot-2017-08-04-at-3-28-53-pm

Apakah Adele mampu mempertahankan pendiriannya? Adakah imannya akan luntur dek kejian dan penghinaan masyarakat? Apakah Adele mampu lari dari cemuhan apabila berada di Australia?

screen-shot-2017-08-04-at-3-30-23-pm

Secara keseluruhan filem ini agak menarik untuk ditonton kerana membaw asatu cerita yang berlainan dengan lambakan filem tempatan yang sedia ada.

Penggunaan penari professional sebagai pelakon utama tampak asli dari segi teknik tarian, namun penonton akan berasa sedikit canggung dengan slanga pertuturan Puteh Maimon yang kedengaran pelat melontarkan dialog bahasa Melayu.

screen-shot-2017-08-04-at-3-34-56-pm

Lakonan Betty Banafe sebagai ibu yang terlalu bercita-cita tinggi juga cukup meyakinkan.

Terdapat beberapa ‘shot’ yang menarik terutamanya ketika babak di mana Adele sedang solat di atas puncak bukit yang dirakam dari atas.

Bagi anda yang inginkan kelainan dalam filem tempatan, jangan lupa untuk menonton filem Hijabsta Ballet bermula 3 Ogos 2017.

 

Untuk lebih banyak cerita sensasi, klik di sini.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!