85777

Hotel Tenera Meriah Gara-Gara Dayang Nurfaizah dan Jamal Abdillah - Suria FM - Segalanya Hiburan

Seperti yang telah dijangkakan, acara bersempena Minggu Setiausaha ‘Luncheon With The Stars’ bersama Dato Jamal Abdillah dan Dayang Nurfaizah berlangsung dengan penuh kemeriahan di Hotel Tenera Bangi semalam.

whatsapp-image-2018-04-25-at-4-23-53-pm

Dewan acara penuh dengan para peminat kedua-dua bintang tersebut yang ingin menyaksikan persembahan hebat mereka.

whatsapp-image-2018-04-25-at-4-23-19-pm

Selain mendendangkan lagu-lagu popular mereka juga sempat beramah-mesra bersama penonton yang hadir di samping menari bersama beberapa tamu di atas pentas.

 

whatsapp-image-2018-04-25-at-4-23-21-pm

Lebih menarik lagi, Suria selaku radio rasmi acara juga tidak ketinggalan berkongsi sedikit hiburan kala penyampai segmen Suria Pagi, Sharifah Shahira atau ‘Rara’ diberi kepercayaan untuk mengacarakan majlis.

whatsapp-image-2018-04-25-at-4-23-22-pm

Celoteh lucunya membuat seluruh dewan gamat dan dipenuhi dengan tawa kegembiraan. Rara juga sempat membuat kejutan dengan mendendangkan lagu Ella ‘Dua Insan Bercinta’ dengan begitu baik sambil meniru gaya dan suara Ratu Rock negara!

whatsapp-image-2018-04-25-at-4-23-23-pm

Turut hadir membuat kemunculan adalah penyampai Suria Pagi, Fizi Ali dan Zulin Aziz yang sama-sama memeriahkan suasana petang itu seketika. Ini diikuti pula dengan kehadiran Suraya Borhan dan Tyzo dari segmen Suria Petang serta suara di balik segmen popular Suria Cinta, Dj Lin.

whatsapp-image-2018-04-25-at-4-23-26-pm

Suria mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Hotel Tenera di Bangi yang sudi bekerjasama. Kami juga sangat berterima kasih kepada pendengar-pendengar Suria, khasnya para pendengar yang telah memenangi jemputan untuk menyaksikan persembahan petang semalam. Teruskan sokongan anda dan semoga bertemu lagi di acara seterusnya!

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!