97062

Hubungan Lady Gaga dengan Ahli Perniagaan Semakin Serius - Suria FM - Segalanya Hiburan

HUBUNGAN penyanyi Lady Gaga dan ahli perniagaan iaitu Michael Polansky dikatakan semakin serius.

Menerusi laporan Hollywoodlife, pasangan itu kini lebih terbuka meluangkan masa bersama semenjak kelihatan mesra pada malam tahun baru lalu.

Menurut sumber, keluarga penyanyi lagu Stupid love itu turut merestui hubungan mereka berdua.

“Lady Gaga semakin serius mengenai hubungannya dengan Michael.

Hubungan mereka pun lebih daripada kawan.

“Malah Lady Gaga juga sudah memperkenalkan Michael kepada keluarganya dan mereka sukakan kekasihnya itu.

“Dia bertemu dengan Michael daripada kenalan mereka dan ada sesuatu yang menarik mereka berdua untuk berkenalan,” katanya.

Kredit artikel dan gambar: mStar

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!
Enable referrer and click cookie to search for pro webber