72870

Hugh Jackman Tiru Gaya Shah Rukh Khan Dalam Filem The Great Showman - Suria FM - Segalanya Hiburan

Pelakon Hollywood Hugh Jackman mengakui beliau ada meniru aksi popular bintang Bollywood Shah Rukh Khan di dalam filem terbarunya The Greatest Showman.

Dalam filem The Greatest Showman, Jackman perlu berlakon, menyanyi dan menari.

screen-shot-2017-12-21-at-5-34-39-pm

Kata Jackman, Shah Rukh Khan adalah mentornya dan sering terbayang tentang aktor itu sewaktu penggambaran The Greatest Showman.

“Saya telah melakukan banyak babak tarian dan nyanyian di dalam filem ini dan saya sering terbayang Shah Rukh Khan dalam fikiran sewaktu penggabaran. Dia adalah mentor saya dan saya perlu lebih lebih banyak belajar tarian daripadanya.

Saya juga melakukan salah satu gaya ‘signature’ Shah Rukh Khan iaitu membuka atau mendepakan tangan”, jelas pelakon dari Australia itu.

screen-shot-2017-12-21-at-5-27-01-pm

Jackman turut menambah bahawa beliau mahu melihat Shah Rukh Khan berlakon di dalam The Greatest Showman versi India.

The Greatest Showman yang turut dibintangi oleh Zac Efron dan Zendaya ini akan mula ditayangkan di seluruh dunia bermula 20 Disember 2017.

 

Sumber : Pinkvilla

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!