88503

Hujan dan Masdo Bergabung Dalam Satu Konsert! - Suria FM - Segalanya Hiburan

Berita baik buat peminat kumpulan Hujan dan juga Kugiran Masdo. Kedua-dua kumpulan ini bakal bergabung untuk membuat persembahan dalam sebuah konsert khas buat peminat-peminat mereka.

Konsert Hujan X Masdo bakal berlangsung pada hari Sabtu, 6 Oktober 2018 bertempat di Pintu 2, MAEPS Serdang jam 8.30 malam.

Ini juga merupakan kolaborasi pertama serta konsert berskala besar buat kedua-dua kumpulan. Malah mereka juga bakal mengadakan persembahan berkonsep ‘battle of the bands’ di mana kedua-dua kumpulan akan ‘bertarung’ untuk memberikan persembahan terbaik.

Mereka juga bakal mengadakan segmen tribut khas yang didedikasikan kepada pergerakan kumpulan-kumpulan ‘Indie’.

Lebih menarik lagi terdapat hadiah istimewa lagi eksklusif buat mereka yang memesan tiket konsert lebih awal. Tiket-tiket ‘earlybird’ ini boleh didapati di ilassotickets.com atau dengan menghubungi talian 03-21706333 / 010-3837552.

Harga tiket adalah seperti berikut: .

Rock Zone RM200 + Kemeja-T + Sesi ramah mesra atau ‘Meet & Greet’
Zone 1 : RM100 + Beg percuma
Zone 2 : RM50 +  ‘Wristband’ percuma

Tawaran tiket ‘early bird’ bermula dari sekarang hingga 9 September 2018 sahaja

Jadi, tunggu apa lagi? Pastikan anda tidak ketinggalan untuk menyertai kemeriahan konsert ini Oktober nanti!

 

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!