72463

Hunny Madu Berkolaborasi Dengan Penyanyi dari Amerika Syarikat - Suria FM - Segalanya Hiburan

getmoney-visual

Dari Malaysia ke LA, penyanyi, pencipta lagu dan juga usahawan, Hunny Madu telah berganding bahu dengan penyanyi serta rapper dari Amerika Syarikat Radio3000 untuk single terbaru mereka bertajuk ‘Get Money’.

‘Get Money’ ini memerlukan dua sesi untuk mereka berdua menyiapkannya dan selepas membuat sesi pra-dengar dengan penerbit dari Amerika Syarikat (Jay Tablet & Bennett), lagu tersebut dihantar kembali ke Malaysia. Kedua-dua mereka menggunakan kepakaran masing-masing dalam mencipta verse di dalam lagu ini. Menerusi lagu ini, Hunny dan Radio mewakili mereka yang berusaha keras untuk mengejar impian dan bagaimana mereka bersusah demi mencari rezeki untuk meneruskan kehidupan.

“Ini bukan lagu untuk menunjuk-nunjuk tentang apa yang saya miliki, dan berapa banyak wang yang saya perolehi tetapi lebih kepada cerita bagaimana saya bersusah untuk mencari rezeki,” kata Hunny. Dia juga menambah “Saya juga mengejar kebahagiaan dan menyukai apa yang saya lakukan, tetapi secara realistik, kita juga perlu mencari wang.”

img_0366

Radio bersetuju dengan sentimen itu dan percaya bahawa kerjasama di antara mereka iaitu seorang rapper dari Amerika Syarikat dan seorang dari Malaysia yang membuatkan lagu ini berbeza, walaupun mereka mempunyai matlamat yang sama.

“Saya berasa kami sebagai artis yang semakin meningkat naik, kami tidak hanya mengejar kemasyhuran, kami juga perlu mencari wang dan rezeki untuk merealisasikan impian kami.” kata Radio.

Kehadiran mereka pasti akan memeriahkan lagi industri muzik tempatan terutama sekali bagi para pendengar dan peminat lagu hip-hop/rap tempatan. Muzik video rasmi ‘Get Money’ ini sudah boleh di tonton di saluran YouTube Warner Music Malaysia.

dsc_1708

Anda juga sudah boleh strim lagu ini di semua perkhidmatan streaming digital seperti di Spotify, Apple Music, JOOX, Yonder, Kkbox dan iTunes. https://WMM.lnk.to/GetMoney

Untuk lebih banyak buletin dan berita hiburan klik di sini

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!