72251

"I dengan Hael tak pernah gaduh, we are lovers!" – Indah Ruhaila - Suria FM - Segalanya Hiburan

Minggu lepas sebuah akhbar tempatan telah melaporkan cerita mengenai penyanyi Indah Ruhaila yang dikatakan berasa hati dengan kawan baiknya.

Indah dikatakan meluahkan perasaannya di Instagram mengenai seseorang.

_20170505_130207

Disebabkan artikel itu, timbul spekulasi mengatakan bahawa orang yang dimaksudkan Indah itu adalah kawan baiknya Hael.

Indah sewaktu ditemui di Anugerah Stail EH! berkata perkara itu tidak benar sama sekali.

_20170505_125917

Hubungan Indah dan Hael sangat baik, malah mereka berdua diundang untuk menyampaikan hadiah pada malam itu.

“ Saya dengan Hael tidak pernah bergaduh, we are lover! “ katanya bergurau.

_20170505_125925

Indah turut mengakui status-statusnya sebelum ini memang ditujukan kepada seseorang, tetapi bukan teman baiknya.

Indah juga meminta supaya orang ramai menghentikan spekulasi bahawa dia bermasam muka dengan Hael kerana semua itu tidak benar.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!