89061

“I Miss Papa So Much” – Nabila Huda Sudah 3 Tahun Tidak Bertemu Papa - Suria FM - Segalanya Hiburan

Pelakon Nabila Huda mengakui sudah tiga tahun tidak bertemu dengan bapa kandungnya iaitu penyanyi rock legenda Amy Search.

Umum mengetahui persengketaan yang berlaku diantara Nabila dan ibu tirinya selepas Nabila membuat pendedahan di Instagram beberapa bulan lalu.

Namun pelakon KL Gangster Underworld itu sudah tidak mahu mengulas dengan lebih lanjut tentang hubungannya dengan ibu tirinya itu.

“Apa yang dah keluar dekat Instagram tiu, itu saja lah. Dia bernoktah di situ. Abil tak nak perbesarkan apa-apa, Yang dah tahu dah. Abil tak nak perkara ini jadi tajuk berita kerana benda ini akan jadi semakin buruk.

Apa yang Abil boleh cakap doakanlah hidup Abil lebih bahagia, dan masalah yang sama ini tak akan berulang lagi kerana Abil dah penat. Abil dah putus asa dan tawar hati. Benda ini tak akan boleh selesai pun”, katanya.

Tambahnya lagi, diusia yang sudah mencecah 34 tahun, beliau perlu memikirkan tentang perasaan keluarga di sebelah pihak suami.

“Sekarang ini umur Abil dah 34 tahun. Abil kena fikir tentang keluarga sebelah suami. Abil harapkan yang terbaik untuk diri dan keluarga. Lagipun anda semua tahu bagaimana hubungan Abil dengan papa daripada dulu sampai sekarang tidak habis-habis lagi dengan isu ini.

Abil minta anda semua doakan Insyaallah satu hari nanti semuanya akan baik-baik saja. Tapi walau apa pun yang terjadi, saya rindu sangat dengan Papa, dah lama saya tak jumpa dia lebih kurang tiga tahun.

Sabarlah Abil, air yang dicincang tidak akan putus. SURIA doakan Abil akan dapat bertemu dengan Papa satu hari nanti dan hidup gembira sekeluarga macam dulu.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!