72307

"I Tak Nak Pemain Bola" – Janna Nick - Suria FM - Segalanya Hiburan

Pelakon yang baru memenangi anugerah Pelakon Wanita Popular, Janna Nick memang seorang penyokong tegar pasukan bola sepak negeri Kedah.

screen-shot-2017-05-24-at-1-40-20-pm

Kelibat Janna sering kelihatan di stadium tatkala pasukan helang merah itu turun padang menentang musuh.

Lumrah menjadi artis jelita, pasti menjadi buruan mana-mana lelaki termasuklah pemain bola sepak.

 

Namun menurut Janna, tujuan dia menonton bola di stadium bukanlah untuk memikat mana-mana pemain bola sepak.

“I pi memang nak tengok bola, bukan nak tengok pemain bola. I tak nak pemain bola”, selorohnya .

screen-shot-2017-05-24-at-1-40-38-pm

Kata Janna dia akan cuba elak untuk bercinta dengan pemain bola dan rakan artis.

“Saya tak tahu macam mana ‘attitude’ pemain bola, saya tak nak nanti suami saya sakit atau penat sebab main bola”, katanya bergurau.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!