72024

Ibu Azwan Ali Meninggal Dunia. Al-Fatihah - Suria FM - Segalanya Hiburan

Kehilangan orang tersayang terutamanya ibu sememangnya sangat menyakitkan. Kehilangan ibu, maka hilanglah doa dari beliau.

Ibu kepada pelakon Azwan Ali dan Menteri Besar Selangor, Azmin Ali iaitu Che Tom Yahya telah menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Pakar KPJ Damansara pada pukul 2.14 pagi hari ini (Sabtu).

7ba8f142d44c4aaf837d2545a3b35538

Apa yang difahamkan, jenazah telah dibawa ke Masjid Darul Ehsan, Taman TAR, Ampang untuk disembahyangkan sebelum dibawa pulang ke kediaman keluarga di Kampung Klang Gate, Hulu Kelang untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Klang Gate pada jam 9 pagi tadi.

Perkara tersebut telah disahkan sendiri oleh Setiausaha Politik kepada Datuk Menteri Besar Selangor, Suhaimi Shafiei menerusi siaran kepada media.

Kami di SURIAfm ingin mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarhamah atas pemergian Che Tom Yahya. Semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.

Sumber :

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!