93586

Ibu Issey Meninggal Dunia - Suria FM - Segalanya Hiburan

Pelawak dan penyampai radio Suria, Issey Fazlisham kehilangan ibu tercinta iaitu Asiah Haron, 62, yang meninggal dunia di Hopsital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, Kelantan pada 3.40 petang, Selasa.

Berita sedih itu dikongsi oleh Issey, 32 menerusi laman Instagram.

“Ibu saya baru meninggal dunia. 3.40 petang. Al-Fatihah… Asiah Binti Haron,” tulisnya.

Beberapa jam sebelum menghembuskan nafas terakhir, Issey memberitahu ibunya telah dikejarkan ke hospital kerana serangan jantung.

“Doakan ibu saya, pukul 9.30 pagi tadi dia kena major attack. Sekarang di HUSM Kubang Kerian,” katanya.

Difahamkan jenazah Allahyarham akan dikebumikan di kampung halaman mereka di Kota Bahru, Kelantan.

Baca artikel penuh di mStar 

 

Kredit artikel & gambar: mStar 

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!