Pelakon lelaki berkulit hitam iaitu Idris Elba telah dinobatkan sebagai lelaki paling seksi di dunia untuk tahun 2018 oleh majalah People.

Idris sewaktu diberitahu bahawa beliau adalah lelaki terseksi di dunia untuk tahun 2018 memberikan reaksi terkejut dan tidak percaya.

Adakah anda serius? Saya lelaki terseksi? Saya melihat diri di dalam cermin dan kemudian berkata, ya anda kelihatan seksi hari ini. Tetapi sejujurnya, ia perasan yang bagus. “, jelasnya kepada majalah People.

Idris adalah lelaki yang ke 33 dipilih sebagai lelaki paling seksi di dunia oleh majalah people. Kali pertama pemilihan itu dilakukan adalah pada tahun 1985 di mana gelaran itu disandang oleh aktor Mel Gibson.

Tahun lalu Blake Shelton dinobatkan sebagai lelaki terseksi di dunia. Antara elebriti lain yang pernah menyandang gelaran itu ialah Adam Levine, Dwane Johnson dan David Beckham.

 

Sumber : People

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!