84851

Ifa Raziah VS Roslan Shah - Suria FM - Segalanya Hiburan

Pertelingkahan diantara dua selebriti iaitu Ifa Raziah dan Roslan Shah nampaknya semakin parah sehingga dibawa ke balai polis.

Roslan dikatakan telah membuat satu laporan polis terhadap Ifa yang mengatakan bahawa artis versatil itu cuba membunuhnya dengan mengupah pembunuh upahan.

Namun dalam satu sidang media, Roslan menjelaskan bahawa dia sebenarnya hanya membuat laporan polis untuk menjaga keselamatan diri.

Menyedari tentang laporan polis yang telah dibuat, Ifa pula ke balai polis di ibu kota untuk membuat laporan fitnah.

Peperangan dua selebriti ini mula terjadi sejak awal tahun lalu apabila masing-masing saling berbalas video dan membuka aib masing-masing di media sosial.

Ifa turut mendapatkan nasihat dari Presiden Persatuan Seniman Malaysia iaitu Zed Zaidi bagi menyelesaikan kemelut yang melanda.

Bagaimana agaknya pengakhiran sengketa kedua-dua selebriti ini? Dapatkan polis dan Zed Zaidi menjernihkan keadaan yang semakin mengeruh? Sama-sama kit nantikan. Puk Puk Puk!

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!