88664

Ikon Pengacara, Mahadzir Lokman Meninggal Dunia - Suria FM - Segalanya Hiburan

Bekas personaliti televisyen serta pengacara terkenal Mahadzir Lokman meninggal dunia pagi tadi di sebuah hotel di Kota Kinabalu Sabah.

Perkara itu disahkan sendiri oleh kakak Allahyarham dan kini mereka dalam proses untuk membawa pulang jenazah ke kediaman mereka di Petaling Jaya.

Pada bulan September tahun lalu, Mahadzir pernah dimasukkan ke wad Unit Jagaan Rapi selepas mengalami beberapa komplikasi kesihatan.

Ahad lalu, SURIA berkesempatan bertemu dengan Allahyarham buat kali terakhir di majlis pertunjukan fesyen Islamik yang berlangsung di Mutiara Damansara.

Siapa sangka itulah pertemuan terakhir bersama Arwah yang pada ketika itu kelihatan asyik tersenyum.

Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat arwah dan semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Takziah dari SURIA.

 

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!