72732

Impian Khai Bahar Bawa Ibu Bapa Tunai Umrah Terlaksana - Suria FM - Segalanya Hiburan

Penyanyi popular, Khai Bahar bakal mengerjakan ibadah umrah buat pertama kali dalam hidupnya .

Lebih manis, impiannya untuk membawa kedua ibu bapanya juga sudah tercapai kerana mereka turut sama mengikuti Khai menjalani ibadah umrah.

screen-shot-2017-10-31-at-1-14-02-pm

“Alhamdulillah ada rezeki lebih, jadi Khai berkesempatan membawa kedua ibu bapa Khai bersama. Niat di hati nak bawa tahun depan, tapi kita tidak tahu macam mana tahap kesihatan mereka akan datang. Tahun ini mereka sihat”, jelas penyanyi lelaki popular ABPHB 3.0 ini.

screen-shot-2017-10-31-at-1-14-47-pm

Tambah Khai lagi, sejak dari mula menceburkan diri dalam bidang seni, memang menjadi impiannya untuk membawa kedua ibu bapanya menunaikan ibadah umrah. Malah semenjak dari Khai kecil lagi, ibu dan bapanya sudah memasang impian untuk pergi umrah.

Sebelum berangkat ke tanah suci, Khai terlebih dahulu akan ke Istanbul pada 31 Oktober untuk melawat kem pelarian warga Syria bersama-sama dengan rombongan Syria Care.

Selamat menunaikan ibadah umrah SURIA ucapkan kepada Khai. Semoga Khai dan ibu bapa dapat menjalani ibadah umrah dengan sempurna.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!