72867

Imran Ajmain Bakal Buat Persembahan di No Black Tie 27 Disember ini - Suria FM - Segalanya Hiburan

whatsapp-image-2017-12-20-at-1-22-35-pm

Sebelum tirai 2017 ditutup, penyanyi dan komposer popular, Imran Ajmain bakal menghadiahkan para peminat dengan sebuah persembahan bernuansa jazz eksklusif; Imran Ajmain Live Showcase berlangsung di No Black Tie, Kuala Lumpur pada 27 Disember ini (Rabu depan) pada jam 9 malam.

Imran yang sedang popular menerusi lagu duet, Sentisa Merinding bersama Najwa Mahiaddin itu bakal mendendangkan 14 buah lagu secara total termasuk karya genre lain dilagukan mengikut alunan jazz dalam dua set (setiap satu 45 minit) persembahan tersebut.

Menariknya, lima pemuzik bakal bergabung buat pertama kali terdiri daripada Shammir (keyboard), Faiz Ismail (gitar), Faliq Auri (saksofon), Abdul Karim Zafiruddin (perkusi) dan Faiz Amierul Asif (bass) bagi merealisasikan perjalanan Imran Ajmain Live Showcase.

Tiket berharga RM53 (tidak termasuk makanan & minuman) boleh diperolehi di kaunter pintu masuk premis berkenaan pada malam itu. Dan peminat boleh menghubungi imranajmainnoblacktie.wasap.my/ terlebih dahulu bagi membuat tempahan awal sebelum pembayaran dilakukan.

Jadi buat para peminat Imran Ajmain jangan lupa saksikan persembahannya Rabu depan!

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!