72884

Imran Ajmain 'Menang Besar' di No Black Tie - Suria FM - Segalanya Hiburan

whatsapp-image-2017-12-28-at-12-04-43-pm

Malam tadi penyanyi kelahiran Singapura Imran Ajmain menghiburkan peminatnya di sebuah pertunjukan khas di No Black Tie, Kuala Lumpur.

Acara itu menyaksikan ramai peminat Imran yang memenuhi ruangan No Black Tie. Malah ada peminatnya yang datang dari jauh seperti Alor Setar dan juga Singapura.

“Biarpun saya tidak pernah memenangi apa-apa anugerah muzik yang besar di Malaysia, namun saya rasa saya menang besar malam ini kerana anda semua hadir dan sanggup membayar untuk datang menyaksikan saya menyanyi, itu lebih besar dan sangat bermakna buat saya sebagai seorang penyanyi,” kata Imran di pertengahan persembahannya.

Persembahan tersebut menyaksikan Imran menyanyikan rangkaian lagu-lagu popularnya selain beberapa buah lagu penyanyi lain yang diberi susunan semula dalam bentuk live jazz.

Seperti yang telah dijangka, Imran turut mendendangkan lagu terbarunya bersama Najwa Mahiaddin iaitu ‘Sentiasa Merinding’. Biarpun Najwa tidak dapat bersama-sama berduet dengan Imran pada malam tersebut kerana berada di luar negara, Imran tidak menghampakan peminatnya dan terus memberikan versi solo lagu tersebut dengan baik sekali.

whatsapp-image-2017-12-28-at-12-04-44-pm

Lebih menarik lagi, persembahan malam itu juga menyaksikan penampilan istimewa Dato Fazley Yaakob yang mendendangkan lagu Beautiful Maria Of My Soul dan Inikah Cinta bersama seorang penyanyi jemputan bersuara hebat yang bernama Iklil.

Imran turut mendendangkan lagu terbarunya berjudul ‘Intan dan Perak’ yang mendapat sambutan gemuruh penonton malam tersebut. Lagu itu dijangka akan dipromosikan tahun depan.

Antara lagu-lagu lain yang dinyanyikan pada malam itu adalah La Maison, Sudah tu Sudah, Caramel, Menimbang Rasa, Mantan Terindah, Selamat Ulang Tahun Sayang, Atas Nama Cinta, Kesetiaan, Jika Engkau Pergi, dan juga Seribu Tahun.

Pihak media juga diberitahu Imran dijangka akan mengadakan satu lagi persembahan pentas buat para peminatnya pada awal tahun depan.

whatsapp-image-2017-12-28-at-12-04-44-pm-1

Syabas Imran di atas persembahan yang menghiburkan dan kami di Suria menantikan persembahan ‘live’ seterusnya!

 

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!