87478

Incredibles 2 Sambung Legasi Aksi dan Tawa Filem Pertama - Suria FM - Segalanya Hiburan

Biarpun 14 tahun sudah berlalu sejak filem animasi Disney Pixar The Incredibles diperkenalkan kepada penonton pawagam, namun ramai yang masih ingatkan kehebatan dan kelucuan filem tersebut.

Kini, sekuelnya Incredibles 2 muncul dengan aksi-aksi yang tidak kurang hebat dengan apa yang pernah dipaparkan dalam bahagian pertama dahulu.

Walaupun sudah lebih sedekad filem yang pertama diterbitkan, namun dalam sambungan kali ini ceritanya masih bersambung dari saat penghujung filem pertama dahulu.

Lebih menarik lagi, kali ini keluarga Incredibles baru mendapat tahu tentang kuasa anak bongsu mereka Jack Jack dan cuba mengadaptasi dengan perkara tersebut. Selain daripada itu peranan watak Elastigirl sebagai adiwira diberi lebih penekanan berbanding Mr Incredible yang dahulu kelihatan sebagai tunjang utama filem ini.

Namun begitu Incredibles 2 tetap padat dengan aksi lucu dan menghiburkan seperti episod yang pertama dahulu.

Jadi jika anda ingin menyaksikan filem animasi yang menyeronokkan dengan seisi keluarga, pastikan anda menonton Incredibles 2 di semua pawagam seluruh Malaysia bermula 14 Jun ini.

 

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!
    Enable referrer and click cookie to search for pro webber