71937

Ini Jawapan Fattah Amin Tentang Pertunangannya Bersama Neelofa - Suria FM - Segalanya Hiburan

Apa yang kami tahu, Fattah Amin tidak pernah memberi apa-apa kenyataan tentang hubungannya bersama pengacara dan pelakon cantik, Neelofa tetapi ada pula cerita yang mengatakan mereka berdua bakal mengikat tali pertunangan tidak lama lagi.

lofattah-3

Menurut laporan dari Harian Metro, Fattah telah tampil untuk menjelaskan apa yang sebenarnya berlaku. Katanya, dakwaan yang dilemparkan kepadanya itu adalah fitnah semata-mata dan tiada sebarang majlis pertunangan yang akan diadakan.

Jom kita baca kenyataan lanjut dari tuan empunya badan sendiri. 

“Tiada majlis pertunangan atau sebarang berita yang hendak saya umumkan. Bagaimana cerita seperti ini boleh timbul sedangkan saya tidak pernah memberi apa-apa kenyataan mengenai hubungan saya dengan Neelofa. Apa yang saya boleh katakan kepada semua, doakanlah yang baik-baik untuk saya.

“Insya-Allah jika ada, saya akan umumkan kepada semua. Kami masih berkawan seperti biasa dan tiada masalah untuk bekerjasama. Bagaimanakah jalan ceritanya saya masih belum boleh beritahu lagi kerana ia masih dalam proses perbincangan.”

Apabila ditanya tentang hubungannya bersama Neelofa, Fattah mengambil pendekatan untuk tidak bercerita mengenai hal itu. Apa yang beliau boleh jelaskan adalah hubungan mereka masih baik sebagai seorang sahabat,

Eh dengar cerita mereka berdua bakal digandingkan bersama dalam sebuah drama tidak lama lagi. Kepada peminat Fattah Amin dan Neelofa, nantikan drama terbaru mereka nanti ye!

Sumber : Harian Metro

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!