72187

Ini Jawapan Pak Nil Selepas Ditegur Gara-Gara Komen Beliau Ketika MLM. Terbaik Pak Nil! - Suria FM - Segalanya Hiburan

Gara-gara kelantangan pengacara popular iaitu Datuk Aznil Haji Nawawi atau lebih mesra dengan panggilan Pak Nil memberikan komen ketika program Maharaja Lawak Mega minggu lepas, beliau dikecam oleh sesetengah peserta progrom tersebut dan juga netizen.

maxresdefault

Rata-rata netizen juga meluahkan rasa tidak puas hati apabila cara komen Pak Nil itu dikatakan seolah-olah sengaja mahu memalukan malah tiada teguran yang membina buat peserta.

29297630

Bukan itu sahaja, ada juga yang mengaitkan antara Pak Nil dan juga juri tetap sebelum ini iaitu pengacara dan pelawak terkenal dari Singapura iaitu Najip Ali.

Disebabkan isu itu, Pak Nil telah tampil bagi menjelaskan mengapa beliau bertindak sedemikian terhadap peserta dan beliau juga sempat memohon maaf dan akan berusaha untuk memperbetulkan apa yang dilakukan sebelum ini.

aznil

“Paknil suka dgn cara korang bg teguran. Ini baru dikatakan teguran membina. Kalau kita terus positif, banyak masalah boleh diselesaikan. Terus bagi komen membina, paknil akan dengar dan terima. Terima kasih semua!”

Bagi kami di SURIA, tiada yang tidak kena dengan teguran yang dilakukan oleh Pak Nil kerana jika anda benar-benar ingin berjaya, anda seharusnya kena belajar menerima teguran. Jadikan teguran itu sebagai pembakar semangat dan tunjukkan kepada orang ramai yang anda sememangnya layak untuk berjaya. Gitchew!

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!