85735

Ini Sebab Kenapa Shila Amzah Pakai Baju Warna Hitam Di Hari Persandingannya - Suria FM - Segalanya Hiburan

Semalam telah berlangsung majlis resepsi penyanyi popular Shila Amzah bersama suaminya Haris yang bertempat di Hotel Marriott Putrajaya.

Majlis yang gilang gemilang itu dihadiri oleh tetamu diraja YTAM Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dan juga KDYTM Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah sebagai tetamu kehormat.

screen-shot-2018-04-23-at-12-55-47-pm

Dewan dihias dengan tema oriental membias suasana romantis persis di negara China. Dekorasi pada bahagian pelamin dihias dengan tanglung unik.

Shila dan suami berarak masuk ke dalam dewan bagaikan pasangan puteri dan putera diraja.

screen-shot-2018-04-23-at-12-54-22-pm

Satu yang menarik mengenai resepsi Shila Amzah, bintang antarabangsa ini memilih untuk memakai busana pengantin berwarna hitam yang jarang dipilih oleh pasangan pengantin untuk dipakai di hari bahagia mereka.

screen-shot-2018-04-23-at-12-57-42-pm

Shila sewaktu ditemui pada sidang media khas sejurus tamat majlis berkata ada sebab kenapa beliau memilih warna hitam sebagai pilihan.

“Saya rasa warna hitam sangat ‘rare’ dan unik. Saya telah pun memakai pakaian berwarna putih sewaktu majlis akad nikah. Sebab saya memilih untuk memakai baju sanding berwarna hitam ialah kerana saya mahu kelihatan elegan dan saya seorang yang suka lari dari kebiasaan.

screen-shot-2018-04-23-at-12-59-04-pm

Tambah Haris Shila kelihatan sangat menawan dalam gaun berwarna hitam. Selorohnya lagi Shila sengaja memilih warna hitam untuk kelihatan sedondon dengan warna sut yang dipakainya.

screen-shot-2018-04-23-at-1-02-07-pm

Pada malam itu Shila turut menghadiahkan sebuah lagu baru dalam bahasa Mandarin yang dicipta khas untuk suaminya.

screen-shot-2018-04-23-at-1-04-15-pm

Shila turut menerima kejutan istimewa pada malam itu apabila kumpulan Ruffedge membuat kemunculan istimewa menyanyikan lagu Bila Rindu. Wajah Shila jelas kelihatan terkejut dan terharu melihat persembahan dari Ruffedge yang didendangkan khas untuk majlisnya.

Majlis resepsi pada malam itu turut dihadiri oleh rakan artis antaranya Awal Ashaari, Scha Al Yahya, Sharifah Shahira, Alif Satar, Umi Nazeera, Fara Fauzana, Zara Zya, Jihan Muse, Lisdawati, Fauzi Nawawi, Hael Husaini, Ismail Izzani, Vanidah Imran, Jaclynn Victor dan ramai lagi.

screen-shot-2018-04-23-at-1-05-23-pmscreen-shot-2018-04-23-at-1-06-18-pm

Selepas selesai dengan majlis pernikahan Shila Amzah bakal sibuk dengan Konsert Jelajah Dunia yang akan dimulakan tidak lama lagi. Tahniah sekali lagi dari SURIA.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!