72865

Inilah 'Ending' Sebenar Filem Titanic Yang Dipotong – WAJIB TONTON! - Suria FM - Segalanya Hiburan

Hari ini genap 20 tahun sejak filem paling laris di dunia, Titanic ditayangkan di seluruh dunia.

Filem yang dibintangi oleh Leonardo Dicaprio dan Kate Winslet serta diarahkan oleh James Cameron itu menjadi filem paling tinggi hasil jualan tiket iaitu sebanyak 2.18 bilion dollar.

screen-shot-2017-12-20-at-3-35-05-pm

Bukan itu sahaja, Titanic juga telah memenangi 11 Anugerah Academy termasuklah filem terbaik.

SURIA pasti ramai di antara kita yang telah menonton filem ini berkali-kali. Walaupun dah tonton banyak kali, mesti korang akan menangis juga tengok ‘ending’ filem ini kan?

screen-shot-2017-12-20-at-3-28-01-pm

Tapi tahukah anda sebenarnya ‘ending’ sebenar Titanic telah dipotong? Apa yang anda tonton di dalam filem itu bukanlah ‘ending’ asal filem berkenaan.

Babak sebenar ‘ending’ filem ini telah dimuatnaik di YouTube di mana ia pasti akan mengubah pandangan anda terhadap filem Titanic yang anda pernah tonton sebelum ini.

Sebelum Rose membuang rantai ‘The Heart Of The Ocean’ yang dicari sekian lama oleh pemburu harta karun Brock Lovett, dia sempat menunjukkan rantai itu kepada Brock.

Dalam video kedua pula menunjukkan ibu Rose yang tercari-cari di mana anaknya selepas semua mangsa yang terselamat berada di atas kapal bantuan.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!