72458

'Intan dan Perak' Bukan Kisah Hidup Saya – Imran Ajmain - Suria FM - Segalanya Hiburan

whatsapp-image-2017-07-24-at-1-22-01-pm

Setelah agak lama tidak muncul dengan karyanya sendiri, penyanyi asal Singapura Imran Ajmain bakal tampil dengan sebuah lagu baru berjudul ‘Intan dan Perak’.

whatsapp-image-2017-07-24-at-10-33-57-am-1

Suria dan beberapa media terpilih telah diberi peluang untuk menghadiri sesi rakaman lagu tersebut di sebuah studio di Petaling Jaya baru-baru ini.

whatsapp-image-2017-07-24-at-10-33-57-am-4

Lagu yang dicipta oleh Imran Ajmain dan ditulis bersama Dato Fazley Yaakob itu merupakan sebuah lagu bergenre R & B dan dijangka akan mendapat tempat di hati peminat muzik tempatan, khasnya peminat setia Imran sendiri.

whatsapp-image-2017-07-24-at-10-33-57-am

Bernaung di bawah pengurusan SukaSucre Creatives milik Dato Fazley Yaakob, Imran menjelaskan yang lagu ini ada cerita tersendiri.

whatsapp-image-2017-07-24-at-10-33-57-am-3

“Sebenarnya lagu ini adalah tentang seseorang yang bercinta dengan pasangannya yang lebih berada atau berharta. Dan gara-gara itu, dia terpaksa menerima keadaan di mana dia sering diketepikan dalam soal cinta walaupun pasangan yang berharta itu sering menghadiahkan harta yang banyak seumpama intan dan permata,” jelas Imran.

Sungguhpun begitu, Imran memberitahu cerita di dalam lagu itu bukanlah kisah hidupnya dan hanyalah cerita dalam lagu.

Dato Fazley Yaakob pula yang turut sama hadir di sesi rakaman pada malam itu memberitahu dia memang mahu Imran menghasilkan karyanya sendiri.

“Jika sebelum ini Imran pernah tampil dengan lagu Di Kalung Kasihan ciptaan Azlan Abu Hassan, saya rasa sudah tiba masanya untuk Imran kembali dengan karyanya sendiri. Peminat-peminat Imran juga sudah biasa dengan gaya lagu ciptaan Imran dan pasti mereka akan sukakan ciptaan terbaru ini yang lebih segar dan bermakna,” ujar Fazley.

Kami di Suria yakin peminat akan menyukai lagu Intan dan Perak yang sarat dengan lirik puitis penuh kiasan, sinonim dengan gaya penulisan Imran Ajmain yang hebat. Semoga Intan dan Perak mendapat sambutan yang diharapkan!

 

Untuk lebih banyak berita hiburan klik di sini.

 

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!