100411

Inul Daratista Kesal Dangdut Dianggap Muzik Murahan - Suria FM - Segalanya Hiburan

PENYANYI dangdut terkenal Indonesia Inul Daratista kecewa dengan sikap segelintir individu yang menganggap genre dangdut sebagai muzik yang melalaikan dan murah.

Kata Inul, tidak semua artis yang membawa genre itu tidak mempunyai prestasi yang baik malah kebanyakan rakyat negara itu mendengar muzik dangdut.

“Hampir 70 peratus rakyat Indonesia nikmati sajian dangdut.

“Aku sebenarnya hairan sebab kadang-kadang masih ada pelakon atau artis dangdut yang dianggap murah, lemah, kurang kelas, dipandang rendah. Padahal tak semuanya buruk.

“Tak semua pedangdut tidak berprestasi,” tulis Inul.

Inul sudah berkecimpung dalam industri muzik dangdut sejak tahun 2000.

Antara lagu-lagu hitnya termasuk Goyang Inul dan Mawar Putih.

Kredit gambar dan artikel mStar dan liputan6

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...