72205

Ipoh Gamat Gara-Gara Jelajah Suria 10 Tahun - Suria FM - Segalanya Hiburan

Tanpa mengenal erti penat dan lelah, Suria meneruskan usaha untuk mendekati dan menghibur peminat di setiap pelusuk negara. Terbaru, Jelajah Suria 10 Tahun sempat singgah ke Aeon Klebang di Ipoh dan bertemu dengan para pendengar di Perak.

18056903_1372167679508510_5612655457572524847_n

Acara pada Sabtu itu benar-benar mendapat sambutan yang sangat menggalakkan. Malah pihak Suria begitu kagum melihat sokongan yang telah diberikan oleh penduduk sekitar Ipoh yang sanggup singgah untuk bertemu dengan para penyampai Suria secara dekat selain menyaksikan persembahan artis-artis kesayangan mereka secara langsung.

17904421_1371940699531208_2731440737225399469_n

Suasana bermula meriah kala para penyampai hujung minggu Suria, Haffiz Aziz, Naim Hashim, Naim Tahar serta pelawak popular Chiwan naik ke pentas untuk permulaan suasana petang itu.

18033897_1372167742841837_4000154989998278101_n

Di samping bermain pelbagai mainan lucu dengan peminat yang datang, pihak Suria dan para penyampai turut sama memberikan aneka hadiah menarik, di samping cabutan bertuah yang menawarkan hadiah lumayan berupa wang ringgit!

17952511_1372198072838804_6316210595851893835_n

Selain daripada kemunculan para penyampai, penonton juga telah dihiburkan dengan persembahan artis-artis popular seperti Wanie Mentor, Sissy Iman, Yasin, Indah Ruhaila, Khai Bahar, Hazami dan juga ikon rock pujaan ramai Amy Search.

18034052_1372167632841848_7417441820463261415_n

18034126_1372168436175101_304567557014402508_n

Jelas kelihatan, peminat semua terhibur dengan persembahan artis-artis jemputan apabila mereka turut sama menyanyikan lagu-lagu yang disampaikan oleh artis kesayangan mereka.

17991157_1372197389505539_3414391486420990205_n

18057924_1372044769520801_6861204507332661298_n

Walau apa pun, kami di Suria ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada warga Ipoh yang datang pada petang tersebut di atas sokongan anda yang tidak putus-putus kepada kami semua.

18033002_1372044692854142_4005747557986249410_n

Buat anda di Lembah Kelang pula, jangan lupa sertai siri jelajah kami yang terakhir hujung minggu depan. LOKASI? Akan diumumkan pada bila-bila masa menerusi media sosial kami.

Teruskan mengikuti media sosial kami untuk perkembangan lanjut dan percayalah, kami bakal memberikan suatu persembahan yang hebat daripada artis-artis popular tanah air.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!