72665

Irwansyah Nafi Terima Bayaran RM1 Juta - Suria FM - Segalanya Hiburan

Pelakon popular dari negara seberang, Irwansyah menafikan dia mendapat bayaran RM1 juta untuk membintangi drama terbaru TV3 berjudul Dia.

Dalam drama 60 episod itu, Irwansyah memegang watak utama di samping Janna Nick dan Izara Aishah.

screen-shot-2017-10-05-at-12-58-11-pm

Irwansyah sewaktu ditemui di majlis pelancaran drama Dia walau bagaimanapun menafikan dia menerima bayaran sebanyak itu.

“Tak ada satu juta. Saya sedar diri”, katanya merendah diri.

Namun Irwansyah tidak menafikan bahawa bayaran yang diterimanya adalah lumayan.

screen-shot-2017-10-05-at-12-53-53-pm

Ditanya kenapa baru sekarang beliau memilih untuk bekerja bersama produksi Malaysia sedangkan namanya sudah popular sejak dari dulu, katanya kekangan waktu kerana sering berlakon filem di Indonesia membuatkan dia menolak tawaran dari Malaysia sebelum ini.

“Saya terima drama Dia ini kerana saya belum pernah berlakon dengan produksi Malaysia. Saya lihat di Indonesia juga belum ada sinetron yang menggabungkan dua negara”, katanya.

screen-shot-2017-10-05-at-1-00-27-pm

Menurut Irwansyah, bekerja dengan produksi di Malaysia dan Indonesia ada banyak perbezaannya terutamanya yang melibatkan waktu dan jumlah kru.

“Di Indonesia, satu episod mengambil masa hanya satu hari untuk penggambaran. Kru yang terlibat juga ramai, hampir 60 orang. Di sini satu episod mengambil masa dalam tiga hari untuk selesai”, jelasnya.

Jangan lupa untuk menonton drama terbaru, Dia bermula 14 Oktober ini, setiap Jumaat hingga Ahad jam 9 malam di TV3.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!