87815

Ismail Izzani Buat Kejutan Di Majlis Hari Jadi Ara Johari - Suria FM - Segalanya Hiburan

Semalam telah berlangsung majlis sambutan hari jadu penyanyi yang semakin meningkat naik Ara Johari yang ke 21.

ramai rakan selebriti hadir untuk memeriahkan majlis yang berlangsung di Bangi itu antaranya Hael Husain, Aman Aziz, dan ramai lagi.

Namun yang menjadi perhatian pada majlis itu ialah kedatangan penyanyi remaja popular Ismail Izzani yang membuat kejutan kepada Ara dengan membawa sejambak bunga.

Pada mulanya Ismail memberitahu bahawa dia tidak dapat hadir ke majlis tiu, namun semuanya itu helah untuk memberikan kejutan kepada Ara.

Amboi, ‘sweet’ betul lah Ismail ni. Adakah mereka berdua ini mempunyai hubungan istimewa seperti yang diperkatakan baru-baru ini?

Tunggu nanti SURIA tanya sendiri dengan mereka berdua ya. Apa-apa pun selamat hari jadi Ara Johari.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!