90914

Issey ‘Nervous’ Berduet Dengan Dato’ Sri Siti Nurhaliza - Suria FM - Segalanya Hiburan

Penyampai Team Pagi Suria iaitu Issey mengakui agak ‘nervous’ sewaktu berduet bersama Dato’ Sri Siti Nurhaliza sewaktu menyanyikan lagu Anta Permana versi dikir bersama penyampai Suria yang lain minggu lalu.

Issey yang selalu tampil yakin dan ceria tiba-tiba menjadi gugup kerana terlampau ‘nervous’ berhadapan dengan penyanyi nombor satu negara itu biarpun ini bukan kali pertama mereka berdua berduet.

Ini kali kedua saya berduet dengan Tok Ti. kali pertama adalah sewaktu konsert Lantera Timur beberapa tahun lepas. Tapi waktu dulu okay sahaja mungkin kerana latihan semua cukup.

Anta Permana ini berat untuk saya sebab lagu ini sudah kuat. Untuk menyanyi bersama Tok Ti adalah satu cabaran yang besar buat saya.

Tapi yang best nya Tok Ti ini beliau punya beri semangat pada saya sampai saya jadi over bila menyanyi. Mula-mula takut-takut, hujung -hujung tu dah geram dah!”, jelasnya.

Siapa saja yang tak ‘nervous’ kan apabila perlu berduet dengan penyanyi bertaraf superstar seperti Dato’ Sri Siti Nurhaliza. Tapi Issey berjaya mengawal perasaan gemuruhnya.

Kepada siapa yang belum menonton lagi Dikir Anta Permana ini, jom tonton di sini ;

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!