89481

Issey Tak Sangka Tercalon Sebagai Pengacara TV Popular ABPBH 2018 - Suria FM - Segalanya Hiburan

Penyampai Team pagi Suria iaitu Issey tidak sangka namanya tercalon untuk kategori Pengacara TV Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2018.

“Terkejut juga sebenarnya apabila tercalon untuk kategori Pengacara TV Popular sebab rasanya saya dah lama tak mengacara.

Rancangan besar yang saya mengacara pun Mentor Milennia sahaja. Jadi bila tercalon ni, mengharapkan undian lah, tapi saya juga mengharap doa supaya saya bukan sahaja popular tetapi menjadi yang terbaik juga”, jelasnya ketika ditemui di majlis sarapan pagi bersama Team Pagi Suria di Pasar Tani Kelana Jaya.

Issey juga bertuah kerana memiliki ahli kelab peminatnya sendiri yang diberi nama Geng Issey. Mereka inilah yang sering menyokong dan mengundi Issey. Sehingga kini, Geng Issey mempunyai bilangan pengikut di Instagram seramai lebih dari 8 ribu pengikut.

Ditanya adakah beliau akan berkempen sempena dengan ABPBH2018 kali ni, katanya kempen yang akan dilakukannya bukan secara besar-besaran kerana mengetahui ‘level’ dirinya di mana.

Tahniah SURIA ucapkan kepada Issey di atas pencalonan ini. Semoga tahun hadapan Issey berpeluang tercalon untuk kategori Penyampai Radio Popular pula.

Jom undi Issey di pautan ini ( https://www.abpbh.com.my/undian/am/pengacara-tv-popular# )

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!
    Enable referrer and click cookie to search for pro webber