93322

Issey Teruja ‘Comeback’ TITANS Di Pentas Muzikal Lawak Superstar - Suria FM - Segalanya Hiburan

Penyampai radio Suria, Issey akan menyertai program realiti muzikal komedi, Muzikal Lawak Superstar yang akan bersiaran selama 10 minggu setiap Jumaat bermula pada 28 Jun ini.

Bakal berentap dengan 13 buah kumpulan lagi, Issey bersama ahli kumpulan TITANS iaitu Ammar dan Ain Edruce mengambil positif persaingan antara rakan-rakan pelawak dalam program ini.

“Apabila saya mendapat tawaran menyertai program Muzikal Lawak Superstar ini, saya terus berminat dan pikirkan Ammar sebagai pasangan saya. Lagipun, sudah lama kami tidak berganding di dalam mana-mana program realiti sebagai satu kumpulan. Boleh juga dikira sebagai ‘comeback’ untuk kumpulan Titan.” kata Issey.

Menurut Issey, pemilihan Ain Edruce pula berdasarkan kekuatan karakter Ain sebagai pelakon dan pengacara selain pernah bekerjasama bersamanya dan Ammar dalam beberapa program lain.

“Tentunya apabila memasuki sebarang pertandingan realiti, kita mengharapkan kumpulan ini akan pergi jauh dan merasa pentas akhir pertandingan. Jadi, kami akan buat yang terbaik untuk tidak mengecewakan peminat yang mengundi kami, kumpulan Titans.” tambah Issey.

Kepada peminat Issey dan Kumpulan Titans, jangan lupa untuk mengundi mereka menerusi SMS seperti di bawah dan di laman web Muzikal Lawak Superstar

Program ini akan bersiaran langsung secara eksklusif dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil di Astro Warna (saluran 132) dan Warna HD (saluran 124) jam 9 malam.

Nabil Ahmad dan Nabila Huda pertama kalinya digandingkan sebagai hos program berkenaan. Manakala, pelakon Izzue Islam dan penyanyi Sissy Iman diberikan tugas sebagai hos Digi Extra Lawak yang bersiaran pada hari yang sama bermula jam 8:15 malam hingga 8:45 malam.

Program ini juga menampilkan selebriti terkenal iaitu Datuk Awie, Nora Danish dan Altimet sebagai juri tetap.

Juara program Muzikal Lawak Superstar 2019 akan membawa pulang RM150,000 dan sebuah trofi, naib juara, RM75,000 dan sebuah trofi, tempat ketiga RM50,000 dan sebuah trofi manakala, tempat keempat turut membawa pulang RM25,000 dan sebuah trofi.

Berikut merupakan 14 peserta (kumpulan) Muzikal Lawak Superstar 2019:

  1. BOTAK: Achey, Abam & Black
  2. VOICE: Sharif Zero, Chiwan Chilok & Shiha Zikir
  3. NEWBOH: Tomok, Ali Puteh & Mamak Puteh
  4. J-BORN: Joey, Vicha & Khir Rahman
  5. TAMANZ: Tauke, Man Raja Lawak & Zulin Aziz
  6. TITANS: Ain Edruce, Issey & Ammar
  7. LIBRA: Bell Ngasri, Elly Mazlein & Rahim Sepahtu
  8. KRONI: Achok Chilok, Kamal Chilok & Nonie AF
  9. SEP: Eyya Gegar Lawak, Pinky Miss Lawak & Shahrul AF
  10. HEART: Daniel Lawak Solo, Azmi Caliph Buskers & Ezad Lazim
  11. KITAWA: Nadzmi Adhwa, Tapai & Ilham Gegar Lawak
  12. WASAP: Wan Gegau, Amir Lawak & Syura
  13. BUNGA: Caca, Leez AF & Azmir
  14. U N I : Fad Bocey, Atu Zero & Fakhrul UNIC

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!