72052

Isteri Jins Shamsuddin Cerita Detik-Detik Cemas Sebelum Arwah Tutup Mata - Suria FM - Segalanya Hiburan

Pemergian Allahyarham Tan Sri Jin Shamsuddin sememangnya meninggalkan kesan yang amat mendalam dalam diri kita semua terutamanya isteri arwah iaitu Puan Sri Halijah Abdullah.

Foto Ihsan : mStar
Foto Ihsan : mStar

Menurut isterinya, jauh disudut hatinya beliau masih berasa bersalah kerana menganggap kuih cekodok pisang yang disuap olehnya itu menjadi punca beliau kehilangan suami tercintanya.

“Dah lama dia tak makan cucur kodok pisang, sebab itu yang saya ralat sangat. Waktu sihat dulu memang dia suka cucur kodok pisang. Tapi sejak dia sakit, saya tak pernah bagi. Tapi pagi tadi (Rabu) hati terasa nak bagi dia makan cekodok pisang. Sampai sekarang saya rasa ralat. Walaupun ia adalah takdir Allah, tapi ralat sebab saya yang bagi dia makan.”

Puan Sri Halijah juga sempat berkongsi cerita ketika beliau berhadapan dengan detik-detik cemas ketika suaminya menglami sesak nafas selepas menyuap cekodok yang keempat ke dalam mulut arwah.

“Waktu itu kami di dapur, pukul 5 petang memang waktu dia minum petang. Dia sudah makan sebanyak tiga ketul… tapi apabila disuapkan cucur yang keempat, dia mula senyap. Saya suruh dia buang kerana saya dapat rasakan dia tercekek tapi dia tak buka mulut. Saya tepuk-tepuk belakang badannya dan korek cucur itu daripada mulut. Selepas saya paksa dia luahkan, saya bagi dia minum dan lepas tu dia muntah hingga tak sedarkan diri. Pada masa itu dia sudah kelihatan pucat.”

Kehilangan orang yang tersayang sememangnya sangat memeritkan dan bukan mudah untuk menerima situasi sebegitu walaupun dalam masa yang sama, kita perlu redha.

“Sebenarnya masa di dalam kereta (perjalanan dari rumah ke klinik) saya dapat rasakan dia sudah tiada. Tapi saya tetap suruh doktor periksa sampai empat kali kerana tak puas hati. Masa itu masih tak boleh terima. Saya tak nak terima hakikat dia dah tak ada hingga saya minta doktor jangan tutup mayatnya kerana menaruh harapan dia akan bernafas semula.”

Apa yang difahamkan, arwah juga tidak menunjukkan tanda-tanda yang arwah akan pergi meninggalkan kita semua pada saat-saat akhirnya.

“Sebab itu saya terperanjat, ia berlaku tanpa tanda-tanda. Sebagai isteri saya reda, saya puas hati dapat jaga dia dalam tempoh enam tahun ini. Walaupun dia tak kenal siapa saya, tapi sampai saat akhir… saya yang suap dia.”

Kami di SURIAfm juga turut terkesan dengan kehilangan Allahyarham Tan Sri Jins Shamsuddin. Lakonan dan rupa parasnya yang kacak akan sentiasa tersemat dalam sanubari kita semua. Al-Fatihah.

Foto Ihsan : mStar Online
Foto Ihsan : mStar Online

Sumber : mStar

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!