91262

“Isteri Kat Mekah, Dato’ Buat Tik Tok” – Datin Sri Shahida - Suria FM - Segalanya Hiburan

Nampaknya kontroversi dan Dato’ Sri Aliff Syukri ibarat berpisah tiada.

Terbaru jutawan kosmetik it sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila ber ‘Tik-Tok’ di saat isterinya iaitu Datin Sri Shahida berada di Mekah mengerjakan umrah.

Dalam video Tik-Tok yang dimuatnaik  Dato’ Sri Aliff di Instagram, isterinya ada meninggalkan komen berbaur kesal.

Katanya, Dato’ Sri tidak pandai menjaga hati isteri kerana di saat beliau berada di tanah suci Mekah, suaminya itu sibuk membuat video Tik-Tok di Malaysia.

Komen Datin Sri Shahida itu telah mendapat lebih dari 9 ribu Likes dan lebih dari 600 komen balas dari netizen.

Rata-rata netizen dilihat menyebelahi dan menyokong kenyataan Datin Sri Shahida.

Agak-agaknya apa pula respon Dato’ Sri Aliff tentang isu ini ya?

 

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!
    Enable referrer and click cookie to search for pro webber