84383

Isteri Luah Perasaan & Give Up Tentang Apa Aqasha Telah Lakukan - Suria FM - Segalanya Hiburan

Setiap pasangan yang sudah berkahwin pasti menginginkan hubungan yang berkekalan sehingga ke akhir hayat. Tambahan pula jika sudah diberikan cahaya mata sebagai pelengkap hidup.

Tetapi untuk mempertahankan sesuatu hubungan itu, kedua-dua pihak harus memainkan peranan penting dan berusaha untuk menjadi yang terbaik. Mana boleh hanya sandarkan pada satu pihak sahajakan?

Ini apa yang terjadi terhadap rumah tangga pelakon lelaki, Aqasha dan isterinya iaitu Baizura yang dikatakan sedang bergolak gara-gara orang ketiga.

Perkahwinan yang dibina sejak 10 Oktober 2010 itu umpama sudah hilang hala tujuan apabila isterinya memuat naik foto beserta kapsyen di akaun Instagram miliknya yang jelas menggambarkan tentang situasi rumah tangga mereka. 

I akan ingat tarikh hari ni sampai bila2. The lowest point in my life. And I would like to share with you. .. Hari I rasa cukup untuk I fight. I tau I dah kalah lama dah tapi I tetap fight. Tapi I tak sedar ada perempuan lain yang tengah fight so hard juga untuk diri dia masa I struggle fight untuk family I, untuk pastikan anak-anak I ada complete family. .. I kalah, I putus asa banyak kali tapi I keep fighting. I fight, fight and fight… .. But I cedera teruk. I can’t take it anymore. I kalah. I mengaku kalah. I kena tau limit I sampai mana. Even though I’ve lost my battle, I would still advise any wife out there to fight. It’s okay kalau cedera parah pun, kita kuat. Kita akan recover. Tapi kena tau bila patut stop. .. At least I dah cuba. Sehabis-habis daya. Sebab I tau marriage is a responsibility. Responsibility comes with task. Kalau ada anak-anak tambah lagi task. Fight for them is also 1 of the tasks. .. Please don’t ask me to bad mouth about him. He is the father of my 2 kids. Takkan nak biar orang ramai-ramai kutuk ‘no telo’ kat bapa anak-anak I? Apa yang I dapat pun. I fikir nanti diorang dah besar diorang pun malu kalau tau mommy buat macam tu. .. Apa yang I buat ni pun dah terkesan pada dia. Cukup sini. .. But she, ehem… on the other hand, I have no obligation to protect. She pushed the button. I’ve warned her, I’ve talked to her so many times, in so many ways. Nicely, harshly. .. She pushed the button. The attention should goes to her. I tak perlukan perhatian. That’s the reason I deleted my previous post. Mission accomplished. But I tau salah I dah trigger curiosity korang semua. Korang mesti nak tau lebih lagi, ya memang. Itu bukan permulaan, bukan juga pengakhiran. I tak boleh tayang semua, I still fikir pasal maruah dia kasihan anak-anak dia. .. Apa I buat tu pun dah cukup kejam. .. I pun tak sangka I sampai ke tahap ni. I jarang open pasal apa yang I buat in public. Now I nak rest. I nak hidup aman-aman sekarang. Nak recover, nak lepaskan beban. Slowly but surely. *crawling*

A post shared by Baizura Sabri (@baizura5) on

Sebelum ini Baizura juga ada memuat naik foto screenshot tentang perbualan Aqasha bersama wanita tersebut tetapi ia sudah pun dipadam oleh Baizura sendiri.

Disebabkan itu juga, rata-rata netizen meluahkan rasa marah terhadap sikap Aqasha dan wanita tersebut selain mempertahankan hak Baizura sebagai seorang isteri.

Kalau dibaca kapsyen yang ditulis oleh Baizura itu, ia seakan-akan menjelaskan bahawa beliau sudah berputus asa untuk terus mempertahankan rumah tangganya dan beliau juga tidak mahu memburukkan lagi keadaan dengan menjatuhkan maruah Aqasha sebagai seorang suami.

Apa yang difahamkan, apa yang terjadi ini bukanlah sesuatu yang baru bahkan ia juga pernah berulang kali terjadi perkara sebegini.

Kami di SURIAfm mendoakan agar hubungan Aqasha dan Baizura dapat diperbaiki dan apapun yang terjadi, diharapkan supaya mereka sentiasa memikirkan tentang anak mereka.

Sumber : Instagram Baizura

 

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!