72034

"Itu Hal Masing-Masinglah" – Jihan Muse Mempertahankan Suaminya - Suria FM - Segalanya Hiburan

Rumah tangga pelawak dan pelakon wanita, Jihan Muse bersama pasangannya iaitu Ungku Hariz yang kini hampir mencecah setahun sering menjadi bualan ramai yang kononnya Jihan terpaksa menanggung kehidupan suaminya.

gambarpernikahanjihanmusedankuhariz

Walau bagaimanapun, Jihan menafikan dakwaan itu dan memberitahu bahawa orang luar tidak ada hak untuk mempersoalkan kemampuan Ungku Hariz sebagai seorang suami.

“Sehingga hari ini kami tak ada masalah. Soal nafkah juga tiada masalah, makan, minum, pakai semua cukup. Apa yang patut dia beri semua tak ada masalah. Ungku Hariz mampu sara Jihan.”

Hal ini terjadi apabila netizen melihat Jihan lebih banyak muncul dikaca TV berbanding suaminya dan sudah tentu pendapatan Jihan juga melebihi dari Ungku Hariz.

“Rezeki siapa yang lebih… itu hal masing-masinglah. Saya bukan wanita yang high maintenance. Saya tak guna barangan mewah, saya lebih gemar memilih gaya streetwear. Tapi kalau saya berkeinginan barangan yang mahal, saya ada duit dan boleh beli sendiri.”

Apa yang dikatakan oleh Jihan sememangnya benar kerana orang luar tiada hak dalam menentukan atau menilai tentang kehidupan rumah tangga seseorang itu.

Sumber : mStar

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!