72237

Izara Aishah Bakal Jadi Menantu Datuk Siti - Suria FM - Segalanya Hiburan

izara

Selepas lebih tiga tahun menyulam cinta, akhirnya pelakon jelita Izara Aishah mengumumkan bahawa dirinya bakal berkahwin dengan anak tiri penyanyi nombor satu negara, Dato Siti Nurhaliza yang juga merupakan usahawan muda, Adib Khalid.

Pada tahun 2014, Adib pernah membuat kenyataan bakal menamatkan zaman bujang lagi tiga tahun. Nampaknya impian itu kini hampir menjadi nyata. Walaubagaimanapun mereka masih belum mahu berkongsi butiran mengenai majlis itu.

Desas-desus mengenai perkahwinan mereka mula bertebaran sejak awal tahun ini lagi. Namun masing-masing mengambil pendekatan mengunci mulut.

Tak sabar kami nak melihat pasangan sama cantik sama padan ini duduk bersanding di atas pelamin. Adakah majlis perkahwinan mereka akan menjadi sehebat perkahwinan Datuk Siti suatu masa dulu?

Nampaknya tahun ini ramai selebriti yang ke jinjang pelamin. Sebelum ini Hafiz Hamidun dan Juliana Evans selamat bernikah dengan pasangan masing-masing. Tak lama lagi Umi Nazeera.

Kami di Suria mendoakan semoga kalian berbahagia hingga ke akhir hayat. Tak sabar nak tunggu tahun depan, pasti meriah Instagram artis dengan gambar bayi comel mereka!

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!