72075

Izara Aishah mengaku dah jumpa cinta sejati manakala Zul Ariffin terima takdir cinta di #apaitucinta - Suria FM - Segalanya Hiburan

gambar-zul-izara

Dua orang pelakon utama filem J Revolusi yang sedang hangat ditayangkan di pawagam, iaitu Izara Aishah dan Zul Ariffin sempat memberikan pengakuan cinta masing-masing sewaktu menjadi tetamu di acara Suria Cinta bersama DJ Lin dalam slot #apaitucinta di sesi Facebook Live SURIA FM semalam.

Sewaktu berada di konti SURIA Zul dan Izara kelihatan sangat bersahaja menjawab setiap pertanyaan DJ Lin tentang cinta. Malah Izara begitu jujur dan ikhlas memberitahu DJ Lin yang dia sudah pun menemui cinta sejati. Pasti ramai yang sudah tahu bahawa Izara sedang menjalin hubungan dengan Adib Khalid, yang juga merupakan anak tiri kepada penyanyi nombor satu negara, Dato Siti Nurhaliza.

sbc_0040

Zul Ariffin pula kala diajukan soalan yang sama memberitahu yang dia masih mencari wanita idamannya.

“Saya inginkan wanita yang berdikari dan mempunyai sense of humour,”jawab Zul.

Dan saat ditanya kenapa kesemua hubungan Zul dengan wanita lain sebelum ini tidak berkekalan Zul memberitahu yang dia redha dan terima bahawa jodohnya mungkin tidak kesampaian bersama wanita-wanita yang dimaksudkan.

“Saya tidak menyalahkan sesiapapun dalam soal percintaan saya yang tidak berpanjangan. Mungkin salah sendiri juga, kerana semua ini jodoh dan takdir. Kalau sudah berusaha namun memang ditakdirkan tiada jodoh, apa boleh buat? Saya redha dan terima sahaja. Hidup mesti diteruskan,” ujar Zul lagi.

Selain memberitahu bahawa mereka berdua cintakan kerjaya masing-masing, Izara dan Zul juga setuju bahawa kerana cinta terhadap kerjayalah mereka memberikan yang terbaik dalam kerja masing-masing.

#apaitucinta yang ke udara setiap Rabu jam 9 malam dan dikendalikan oleh DJ Lin, merupakan salah satu program paling popular terbitan SURIA fm yang ditayangkan secara langsung di laman Facebook.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!