90915

Izzue & Ameer Tak ‘Sentap’ Dengan Komen Tokram - Suria FM - Segalanya Hiburan

Izzue Islam dan Ameer Forteen mengakui bahawa mereka tidak terasa hati ataupun dalam kata lainnya ‘sentap’ dengan komen yang diberikan oleh juri Gegarvaganza 5 iaitu Dato’ Ramli MS.

Sebenarnya bila kita masuk dalam pertandingan kita tak boleh ada rasa ‘sentap’. Bila ada ‘sentap’ dia akan rosak. Fokus dan pemikiran pun akan terganggu.

Tokram seorang yang sangat jujur. Apabila dia komen kita terus tahu apa kelemahan kita. bagi saya, saya boleh terima kritikan Tokram.

Saya akui saya mempunyai kelemahan dari segi vokal terutamanya kalau dibandingkan dengan rakan-rakan yang lain. Tenaga dan ‘tone’ suara masing-masing agak berbeza. Maknanya saya perlu kerja lebih keras lagi dan gunakan tips yang diberikan oleh Tokram” , jelas Izzue.

Bagi Ameer pula, dia menganggap menyanyi di dalam sebuah kumpulan ibarat sebuah pasukan bola sepak di mana ada yang tidak dapat bermain dengan baik tetapi masih mampu menang.

Biarpun dikritik, namun kumpulan Forteen telah berjaya mendapat kedudukan keempat terbaik dua minggu berturut-turut.

Tahniah SURIA ucapkan kepada kumpulan Forteen kerana tidak mudah putus asa dan tunduk dengan kritikan. SURIA kagum dengan semangat yang ditonjolkan oleh kumpulan Forteen yang sentiasa mahu memperbaiki diri. Hasilnya, kedudukan mereka berubah daripada berada di tanggga bawah, kini telah naik ke tangga keempat.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!