91396

Izzue Islam & Forteen Berdamai Di Konti SURIA - Suria FM - Segalanya Hiburan

Siapa sangka pertemuan diantara Izzue Islam dan kumpulan Forteen di sambutan ulangtahun ke 11 SURIA FM akhirnya menemui jalan damai.

Hujung minggu lalu kecoh sebentar dunia hiburan Malaysia apabila Izzue Islam membuat pengumuman menarik diri dari kumpulan Forteen sewaktu konsert akhir Gegarvaganza 5.

Masing-masing saling membuat kenyataan kepada pihak media, namun mereka belum sempat bertentang mata mata sehinggalah petang tadi.

Menerusi slot SURIA petang kendalian Tyzo, Suraya dan Rara, Izzue dan tiga lagi ahli kumpulan lain iaitu Ameer, One dan Ariz telah ditemukan buat pertama kalinya sejak dari kejadian tarik diri hujung minggu lalu.

Sewaktu ke udara mereka berempat sempat meluahkan perasaan masing-masing malah sempat juga bertelagah bertikam lidah.

Namun selepas perbincangan lebih mendalam dilakukan, keempat-empat mereka telah pun bermaafan bersama iringan air mata.

Masing-masing mengakui kesilapan masing-masing serta saling bermaafan dihadapan beberapa pihak media yang turut dijemput ke majlis ulang tahun Suria.

Suasana di konti menjadi hiba melihat situasi yang begitu meruntun jiwa.

Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula sahabat handai yang sudah lama bersahabat lebih dari 7 tahun.

SURIA turut menumpang gembira dengan pendamaian yang berlaku hari ini. Mereka juga dilihat sempat bergurau senda selepas masing-masing berpeluk erat.

Semoga persahabatan kumpulan Forteen akan berkekalan selamanya.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!