91329

Izzue Islam Keluar Dari Kumpulan Forteen - Suria FM - Segalanya Hiburan

Berita yang amat mengejutkan dan menyedihkan bagi kesemua peminat kumpulan Forteen apabila Izzu Islam mengumumkan bahawa beliau menarik diri dari kumpulan itu.

Izzue membuat pengumuman berkenaan sewaktu siaran langsung karpet merah konsert akhir Gegarvaganza 5 semalam.

Kata Izzue beliau membuat keputusan berkenaan kerana mahu mengelak kumpulan Forteen daripada terus dikecam netizen dan menyedari kekurangan yang ada padanya.

“Malam ini adalah kali terakhir saya bersama kumpulan Forteen. Selepas ini tiada lagi Izzue Islam bersama Forteen”, umum Izzue ketika ditemubual di karpet merah.

SURIA turut bersedih dengan keputusan Izzue ini. Semoga Izzue dan Forteen kuat dengan keputusan ini dan semoga rezeki kalian lebih murah selepas ini.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!