72031

Jae Suk Sentap Raut Wajah Isterinya Dijadi Bahan Lawak Oleh Ha Ha - Suria FM - Segalanya Hiburan

Salah seorang ahli Running Man iaitu Yoo Jae Suk menunjukkan facial expressions yang seakana-akan geram dengaan tindakan Ha Ha yang memperlekehkan wajah isterinya yang seolah-olah wanita itu tidak memiliki rupa paras yang cantik.

Menerusi episod yang telah bersiaran di Korea baru-baru ini, Ha Ha perlu menjawab beberapa soalan yang ditanya dengan masa yang singkat jika ingin memenangi  permainan itu.

66dd22959904ea7e0ee3769c66e4c04d

Soalannya adalah tentang mengapa Ha Ha merupakan seorang lelaki yang bagus jika dibandingkan bersama Yoo Jae Suk dan sebaik sahaja mendengar soalan itu, Haha dengan pantas menjawab:

“Penampilan saya lebih elok, keluarga saya lebih baik dan isteri saya pula lebih cantik berbanding Jae Suk.”

Sebaik sahaja mendengar jawapan Haha, wajah Jae Suk terus berubah seolah-olah beliau tiada apa yang ingin dibalas terhadap jawapan itu.

Tidak lama kemudian, Jae Suk meneruskan kembali permainan itu dan menolak untuk menjawab soalan berkenaan.

“Pass! Saya tidak mahu menjawab soalan tersebut bukan kerana saya akur dengan kata-kata yang diberikan olehnya. Sebaliknya saya hanya lepaskan soalan tersebut kerana keinginan saya sendiri.”

Walau bagaimanapun, pengakuan yang dibuat oleh tetamu jemputan ketika itu, Kim Young Man secara spontan terhadap wajah isteri Ha Ha telah menghangatkan lagi gelak ketawa.

“Tetapi betul juga kata Ha Ha, Byul (isteri Ha Ha) memang sangat cantik orangnya.”

Kalau difikirkan kembali, suami mana yang tidak sentap jika wajah isterinya dijadikan bahan lawak. Apa-apa pun diharapkan hal ini tidak akan menjejaskan persahabatan antara mereka berdua.

running-man-fan-meeting-february-2017

Sumber : Soompi
 

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!