90458

Jalil Hamid Rasa Terhina Ditawar Hanya RM1500 Untuk 12 Babak - Suria FM - Segalanya Hiburan

Aktor senior berbakat besar Jalil Hamid meluahkan kekecewaannya apabila hanya ditawarkan RM1500 oleh sebuah produksi untuk melakonkan 12 babak.

Tambah calon Top 5 ABPBH31 untuk kategori Pelakon Filem Lelaki Popular itu lagi, beliau rasa terhina dengan harga yang ditawarkan.

Jalil ditawarkan RM1500 untuk melakonkan 12 babak daripada 16 babak yang mengambil masa selama dua hari penggambaran.

Kata pelakon filem Bisik Pada Langit itu lagi, beliau terasa penat dan sia-sia mengumpul trofi anugerah pelakon terbaik dan popular selama hampir 40 tahun pembabitannya dalam bidang seni.

Beliau turut bersangka bahawa situasi itu terjadi kepadanya barangkali kerana beliau tidak mempunyai gelaran Dato atau Tan Sri serta tidak mempunyai wajah yang tampan.

SURIA turut bersimpati dengan Jalil Hamid. Andai di Hollywood, pelakon seusianya akan diberi tawaran dengan harga yang sangat tinggi mengikut pengalaman serta pencapaian yang pernah diraih. Jalil Hamid juga baru sahaja tersenarai di antara Top 5 Pelakon Filem Lelaki Popular di ABPBH31 baru-baru ini. Ini menandakan Jalil Hamid masih relevan dan masih mendapat permintaan tinggi. RM1500 terlalu kecil jika dibandingkan dengan bakat dan nama sebesar Jalil Hamid.

 

Kredit Foto : Majalah InTrend

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!