71827

"Jangan Asyik Bercinta Sampai Terlupa Darah Daging Sendiri" – Elly Mazlein - Suria FM - Segalanya Hiburan

Sebelum ini nama Elly Mazlein sering mendapat tempat di ruang akhbar tempatan dan sosial media tentang kemulat rumah tangganya bersama bekas suaminya, Azmi Hatta dan tidak kurang juga kontroversi yang melibatkan beliau dengan beberapa orang artis tanah air.

Baru-baru ini Elly ada memuat naik gambar beserta kapsyen yang menunjukkan bekas suaminya melawat anak perempuan mereka, Putri Sara Sefhia di kediaman Elly, Cyberjaya.

screen-shot-2016-12-06-at-6-33-58-pm

Apa yang difahamkan, khabarnya Sefhia tidak menangis langsung walaupun sudah lama tidak bertemu dengan ayahnya. Elly juga turut memberikan pesanan agar Azmi tidak melupakan tanggungjawabnya sebagai seorang ayah walaupun sedang hangat bercinta dengan wanita lain.

“Assalamualaikum.. Syukur hari ni 6 December Azmi hatta akhirnya melawat Putri Sara Sefhia skrg ni di rumah sy , Cyberjaya .. Syukur Sefhia x menangis walaupun terlalu lama tidak Berjumpa dgn Bapa nya.. Moga Lawatan ini berterusan demi masa depan anak .  Bercinta tiada salahnya, Asalkan Hak anak jgn di sia2kan.. Jangan di halang Bila Bapa ingin berjumpa dengan Anaknya & jangan terlalu Asyik bercinta sampai terlupa darah daging sendiri .. Alhamdulillah.. Senyum Hati saya.. #LuasKanKasihSayang  #HidupJanganDiBelengguDenganAmarah #PergilahSolat “

Walau apapun yang terjadi, diharapkan kedua-dua belah pihak dapat menyelesaikan dengan cara baik. Fikirlah tentang Sefhia dan tolaklah sikap negatif dalam diri masing-masing. Sefhia masih kecil dan dalam proses pembesarannya, dia amat memerlukan ayah dan ibunya. 

 

Sumber : Instagram Elly Mazlein

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!