72035

"Jangan Berkunjung Ke Korea Utara" – Tegas Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz - Suria FM - Segalanya Hiburan

Menteri Kebudayaan dan Pelancongan iaitu Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz tidak menggalakkan rakyat Malaysia berkunjung ke Korea Utara atas faktor keselamatan selain menyifatkan negara itu sebagai sebuah negara penyangak dan sukar dijangka.

Malaysian Minister of Tourism and Culture Minister Mohamed Nazri Abdul Aziz speaks during a press conference after the launch of 'Warnarasa Malaysia, A Food Galore' at Royal Chulan Hotel in Petaling Jaya on April 10, 2014. The Malaysian Insider/Najjua Zulkefli

“Saya tidak galakkan rakyat Malaysia berkunjung ke Korea Utara. Anda tak boleh jangka apa yang mereka akan lakukan.”

Beliau bersetuju dengan kenyataan Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman bahawa Korea Utara berada di bawah delusi bahawa Malaysia bersekongkol dengan kuasa asing dalam kes pembunuhan Kim Jong-nam pada 13 Februari lalu.

Korea Utara turut menuntut penghantaran pulang mayat Jong-nam manakala menyalahkan Malaysia di atas kematiannya.

n-kimanalysis-a-20170216

“Korea Utara sebuah negara penyangak. Ini bukan Korea Utara, ini Malaysia. Kita ada undang-undang sendiri.”

Kepada anda yang ingin bercuti ke Korea Utrara ataupun yang sudah menempah tiket penerbangan ke sana, diharapkan agar membatalkannya demi langkah keselamatan masing-masing.

Sumber: mStar

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!