72025

"Jangan Campur Hal Orang" – Pesanan Terakhir Neelofa Tentang Isu Sharnaaz Ahmad - Suria FM - Segalanya Hiburan

Isu ketidak puasan hati antara Sharnaaz Ahmad terhadap Fattah Amin telah membuka mata ramai pihak yang mengkritik tindakan Sharnaaz yang dikatakan tidak profesional itu.

Bakal adik ipar Sharnaaz iaitu Neelofa turut terpanggil untuk mengulas tentang isu ini dan beliau juga telah tampil membuat teguran terhadap Sharnaaz baru-baru ini.

2-sharnaaz-ahmad-sindir-fattah-amin-di-twitter-rotikaya

Menurut Neelofa, beliau berharap agar teguran yang dilakukan olehnya akan dapat menyedarkan semua pihak termasuklah selebriti supaya sentiasa menyokong dan menghormati kerjaya seni masing-masing.

“Saya sudah memberi kenyataan berhubung perkara itu dan berharap selepas ini semuanya akan baik-baik sahaja. Cuma ingin saya tekankan, dalam soal ini kita yang berada di dalam industri kalau boleh jangan campur hal orang sebaliknya hormat dan saling menyokong antara satu sama lain.”

Apabila ditanya adakah teguran itu dibuar atas dasar terpaksa atau beliau sendiri merelakan diri untuk tampil memberi teguran terhadap bakal abang iparnya itu, ini jawapan dari tuan empunya badan itu sendiri.

“Sebenarnya saya rasa bertanggungjawab untuk menegur dia (Sharnaaz) disebabkan orang yang dimaksudkan itu (Fattah Amin) tidak buat salah dengan dia.”

Supaya apa yang terjadi ini dapat dijadikan teladan untuk setiap individu supaya sentiasa menghormati orang lain. Tidak ada salahnya jika mahu meluahkan pendapat tetapi biarlah berpada-pada.

Sumber : mStar

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!