87457

Jangan Cuba Untuk Buat Panggilan Video Pada Raja Atiqullah - Suria FM - Segalanya Hiburan

Jika anda menonton drama popular Nur, anda pasti kenal dengan watak Amirul iaitu adik kepada Ustaz Adam yang dilakonkan oleh pendatang baru Raja Atiqullah.

Baru sahaja berusia 18 tahun, wajah tampan serta suaranya yang merdu telah berjaya mencairkan hati peminat terutamanya wanita.

Baru-baru ini video Raja Atiq sedang mengalunkan ayat suci dari surah Ar-Rahman telah menjadi tular di media sosial.

Ramai yang tepregun dengan kemerduan serta kemahiran Raja Atiq membaca ayat suci Al-Quran dengan begitu baik.

Berkesempatan bertemu dengan pelakon kacak ini di majlis berbuka puasa bersama Syafiq Kyle dan para pelakon Nur, SURIA sempat berborak tentang perkembangan terbaru Raja Atiq selepas meledak popular dengan drama Nur.

Kata Raja Atiq, selepas muncul dengan drama Nur, pengikut di Instagramnya telah meningkat daripada 10 ribu pengikut hingga 134 ribu.

Namun dia tidak mahu terus hanyut dibawa arus populariti dan sentiasa berpegang teguh kepada pesanan keluarga untuk menjaga maruah.

“Kak Noorkhiriah juga ada menasihati saya supaya saya lakukan yang terbaik di dalam industri dan tidak menjatuhkan nama sendiri”, jelasnya.

Melihatkan populariti segera yang sedang diraihnya, pasti akan ada ramai peminat yang akan cuba untuk menggodanya.

Senario sebegini sering terjadi kepada pelakon remaja lelaki terutamnya yang memiliki paras rupa yang kacak seperi Raja Atiq.

Namun awas, jangan sesekali cuba untuk membuat panggilan video kepadanya kerana dia sesekali tidak akan melayan perkara sebegitu.

“Saya akan berhati-hati dan tidak akan berbuat begitu dengan peminat sebab saya tidak mahu terlibat dalam kontroversi seperti itu. Saya juga turut mendapat nasihat daripada Ustaz tempat saya belajar di Terengganu dulu supaya berhati-hati”, jelasnya.

Baguslah tu Raja Atiq, awak masih muda dan jauh lagi perjalanan karier seni awak. Semoga Atiq bekerja denagn lebih keras untuk menjadi pelakon hebat dan tidak mudah hanyut dibuai populariti.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!