whatsapp-image-2018-01-09-at-4-43-09-pm

Tahun lalu pada bulan Mac, ribuan yang menghadiri seminar serta bazar Star WOW – Women Do Wonders di Kota Damansara, sebuah acara yang diadakan khas untuk memperingati Hari Wanita Antarabangsa.

Tahun ini untuk 2018 Star Women’s Fiesta akan memaparkan lebih banyak seminar, bengkel, aktiviti serta persembahan untuk meraikan kenaikan peranan serta sumbangan wanita terhadap kehidupan harian, masyarakat, dunia kerja dan juga keluarga.

Satu acara jalan kaki khas WOW sejauh 3km yang mensasarkan 1000 peserta akan diadakan bersempena acara tersebut di mana pelbagai pertandingan dan cabutan bertuah akan diadakan untuk menarik pengunjung ke dalam dewan pameran.

Dengan itu kami ingin menjemput anda yang ingin menyertai membuat pameran  bersama-sama memeriahkan WOMEN’S FIESTA 2018!

Ini peluang anda untuk mempamerkan barangan anda dari pelbagai aspek seperti fesyen, kecergasan, kesihatan, kecantikan dan teknologi bagi wanita yang bakal menjadi pelanggan setia anda di masa akan datang. Cepat tempah booth anda di Ekspo Pesta Wanita The Star !

Star Women’s Fiesta akan berlangsung pada 10 & 11 Mac 2018 (Sabtu & Ahad) di The Starling Mall,
Damansara Uptown.

Acara dua hari ini dijangka akan menarik seramai 20,000 orang dari pelbagai kategori pengguna.

Sila hantarkan tempahan sebelum 31 Januari 2018. Untuk sebarang pertanyaan hubungi  03-7967 1388 di sambungan 1466/1436/1477 atau e-mel events@thestar.com.my

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!