
/wp-content/uploads/2017/12/WhatsApp-Image-2017-12-15-at-2.54.20-PM.jpeg)
Nampaknya pelakon dan penyanyi jelita Janna Nick bukan sahaja mempunyai bakat sebagai penghibur di depan layar tetapi juga mempunyai kemahiran di belakang tabir.
Sewaktu pelancaran klip video single terbarunya yang berjudul Akan Bercinta, Janna memberitahu bahawa klip video yang menjalani penggambaran di Itali itu rupa-rupanya telah diarahkan oleh Janna sendiri.
“Saya memang ada menyimpan cita-cita untuk menjadi pengarah satu hari nanti. Jadi semasa merakam klip video lagu ini, saya cuba berjinak-jinak sebagai pengarah dengan bantuan dan tunjuk ajar pasukan teknikal yang ada ketika itu,” jelas Janna.
Lagu berjudul Akan Bercinta itu merupakan nukilan penuh Aepul Drama Band dan merupakan persembahan muzik terbaru Janna buat para peminatnya.
Janna juga bakal muncul dengan sebuah lagi lagu baru di mana dia akan berduet bersama Alvin Chong.
Jadi buat semua para peminat Janna Nick, jangan lupa untuk terus menyokong bintang ini.
Syabas daripada Suria dan kami berdoa cita-cita Janna akan tercapai!