87567

Janna Nick Tonton Piala Dunia Secara Langsung di Russia! - Suria FM - Segalanya Hiburan

Wah beruntungnya Janna Nick!

Menurut laman sesawang akhbar Harian Metro, Janna teruja apabila berpeluang menonton perlawanan bola sepak Piala Dunia 2018 di Russia membabitkan pasukan pilihannya, Portugal menentang Sepanyol di Stadium Fisht, Sochi, baru-baru ini.

Janna yang tiba di tanah air semalam berkata, walaupun tidak dapat menyambut Aidilfitri di sini bersama keluarga buat kali pertama, namun tetap gembira apabila dapat melihat sendiri bintang bola sepak idolanya, Cristiano Ronaldo beraksi di depan mata.

“Saya memang seronok kerana turut diberi peluang berada di tepi padang dan melihat secara dekat pemain melakukan sesi memanaskan badan.

“Saya memang meminati bola sepak sejak kecil. Jadi, apabila berpeluang menonton perlawanan Piala Dunia secara langsung di depan mata, ia pengalaman manis yang takkan dilupakan,”katanya.

Janna berkata, walaupun perasaannya bercampur-baur kerana terpaksa meraikan Aidilfitri di luar negara, tetapi masih ada kenangan manisnya.

Selain itu, Janna turut berpeluang menonton perlawanan pembukaan Piala Dunia 2018 membabitkan pasukan tuan rumah, Russia menentang Arab Saudi di Stadium Luzhniki, Moscow pada 14 Jun lalu.

Janna dibawa ke Russia oleh jenama telefon pintar, Vivo.

Janna juga adalah duta jenama itu bersama seorang lagi pelakon iaitu Alvin Chong.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada Vivo kerana sudi membawa dan menyediakan perkhidmatan eksklusif sepanjang lapan hari berada di Russia,” katanya.

Janna berlepas ke Moscow pada 11 Jun lalu ditemani adiknya, Nurul Balqish, jurumekap Sharhim Khan dan seorang wakil daripada syarikat pengurusannya, LOL Entertainment.

sumber : Harian Metro

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!